Skip to main content (Enter)

esg

speak up procedure

In this Speak Up Procedure, you will find a step-by- step guide of citizenM's Speak Up Procedure.....read more

citizenM rules

Our citizenM values and unique culture are worth protecting. It’s the bright, buzzing spark that makes us unique... read more

modern slavery statement

In the Modern Slavery Statement you will find our compliance with the UK Modern Slavery Act 2015. read more

our environmental policy

At citizenM, we take sustainability seriously. Our hotels are built and operated with the intention of minimising our environmental footprint... read more

DASAR PRIVASI GLOBAL CITIZENM
Terakhir Dikemas kini: 1 Disember 2020

  1. Pengenalan

Dasar Privasi (“Dasar”) citizenM (“kami”) ini terpakai untuk pemprosesan oleh citizenM akan maklumat peribadi (bakal) tetamu, penempah dan pelanggan lain (“Tetamu”) serta pelawat laman-laman web kami (sila rujuk Lampiran I untuk senarai penuh domain-domain kami), applikasi mudah alih, dan akaun serta halaman media sosial (“Pelawat”), termasuk pemohon kerja kami. citizenM memandang berat terhadap privasi Tetamu dan Pelawatnya dan mengendalikan maklumat peribadi mereka dengan berhati-hati. citizenM bertindak menurut perundangan perlindungan data yang berkaitan. Maklumat peribadi anda diproses oleh atau bagi pihak:  

  • citizenM Operations Holding B.V (selepas ini dirujuk sebagai “citizenM Operations”), sebuah syarikat liabiliti terhad yang didaftar di bawah undang-undang Belanda, dengan tempat statutorinya di Amsterdam, Belanda dan pejabatnya di Leidseweg 219 (2253 AE) Voorschoten, Belanda. citizenM Operations Holding B.V. didaftar dengan Dewan Perniagaan Belanda (Dutch Chamber of Commerce) di bawah nombor pendaftaran 34218994; dan,

  • dalam konteks penginapan atau tempahan anda berhubung salah sebuah hotel kami, entiti yang mengendalikan hotel berjenama citizenM berkenaan, sama ada yang dimiliki atau dilesenkan oleh citizenM Operations B.V. dan syarikat-syarikat gabungan milik penuh dan separa citizenM (masing-masing selepas ini dirujuk sebagai “Hotel citizenM”). Sila rujuk senarai penuh hotel-hotel citizenM kami, dan entiti-entiti sah yang mengendalikan hotel-hotel ini di sini. 

 

Dalam konteks perkhidmatan hotel kami dan produk serta perkhidmatan kami yang berkaitan, citizenM Operations adalah entiti untuk dihubungi untuk semua soalan anda berhubung dengan pemprosesan data peribadi anda.

 

  1. Maklumat yang Kami Kumpul dan Proses

citizenM mengumpul maklumat peribadi Tetamu dan Pelawatnya untuk tujuan-tujuan tertentu yang nyata sahaja dan tidak akan memproses maklumat peribadi ini dengan cara yang tidak bersesuaian dengan tujuan-tujuan tersebut. Dalam sesetengah keadaan, kami perlu mengumpul maklumat peribadi anda untuk memasuki perjanjian perkhidmatan dengan anda sebagai Tetamu kami. Sekiranya anda tidak memberikan maklumat peribadi ini, kami mungkin tidak dapat memberikan anda perkhidmatan sebagai Tetamu kami. 

Kami memproses (contohnya, mengumpul, menggunakan, mendedahkan, menyimpan) maklumat peribadi Tetamu dan Pelawat kami untuk tujuan-tujuan pengurusan operasi, pemasaran, analisis, pengambilan pekerja, pengurusan keselamatan dan pematuhan undang-undang dan kawal selia, seperti yang ditakrifkan di bawah:

 

  • Pengurusan operasi termasuk amalan perniagaan biasa yang berhubung dengan aktiviti perniagaan harian kami termasuk memudahkan penginapan Tetamu, perkhidmatan Tetamu dan pengenalan Tetamu, perancangan dan pembelanjawan, pelaporan kewangan, pengurusan sumber (penyerahan pejabat, bilik mesyuarat, peralatan IT), penggabungan & pemerolehan termasuk usaha wajar (due diligence), audit atau penubuhan, pelaksanaan atau pembelaan terhadap tuntutan undang-undang.

 

  • Pemasaran termasuk penghantaran surat berita yang mengandungi maklumat dan tawaran berkaitan mengenai hotel, produk dan perkhidmatan kami, melalui saluran-saluran maklumat yang berlainan, seperti e-mel atau saluran-saluran (digital) kami yang lain. Kami juga mungkin mendapatkan maklum balas anda misalnya, menerusi tinjauan pelanggan yang memberikan anda peluang untuk mempengaruhi jenis produk dan perkhidmatan yang kami sediakan dan kami juga mungkin menghantar maklumat berkaitan yang diperibadikan serta tawaran kepada anda tentang hotel, produk dan perkhidmatan kami.  

 

  • Analisis termasuk pemprosesan data peribadi anda dalam bentuk tanpa nama dan teragregat bagi tujuan analitis untuk menambah baik operasi perniagaan kami, termasuk aktiviti-aktiviti pemasaran kami, dan meningkatkan pengalaman anda di hotel-hotel kami, untuk meramal dan menduga tingkah laku Tetamu masa depan, untuk membina statistik dan skor perdagangan serta untuk memahami kecenderungan atau keutamaan Tetamu. Kami mungkin menganalisa maklumat anda yang dikumpul, misalnya dengan membahagikan pelanggan kepada kategori-kategori pelanggan yang berlainan berdasarkan corak pembelian, tingkah laku dan interaksi bersama kami. 

 

Jika anda ada akaun citizenM kami juga mungkin menganalisis maklumat yang terkandung dalam profil akaun anda untuk tujuan-tujuan pemasaran dan analitis. Jika anda tidak mempunyai akaun citizenM tetapi ingin mencipta sebuah akaun, maklumat peribadi anda mungkin digunakan untuk mencipta akaun anda dan tempahan anda yang sebelumnya atau data yang terkumpul oleh kuki mungkin dikaitkan dengan akaun anda.

 

  • Pematuhan undang-undang dan kawal selia merangkumi sebarang maklumat yang perlu dikekalkan oleh citizenM berdasarkan kewajipan undang-undang termasuk kewajipan pentadbiran berasaskan undang-undang (cukai) yang berkaitan, keperluan statistik kerajaan, dan sebagainya.

 

  • Pengurusan keselamatan merangkumi menjaga keselamatan rangkaian dan sistem IT syarikat, maklumat syarikat, premis syarikat, serta pekerja, Tetamu dan Pelawat kami dan mencegah penipuan (fraud) serta aktiviti-aktiviti haram atau menyalahi undang-undang yang lain.

 

  • Pengambilan pekerja merangkumi amalan perniagaan biasa yang berhubung dengan proses pengambilan pekerja. Jika anda membuat permohonan kerja (umum atau untuk peranan khusus) melalui laman web kami atau saluran komunikasi kami yang lain, kami memproses maklumat peribadi anda untuk menilai permohonan anda. Jika anda ditawarkan kerja dan menerima pekerjaan dengan kami, sesetengah maklumat peribadi yang kami telah kumpul semasa proses pengambilan akan menjadi sebahagian daripada kontrak pekerjaan anda.

o Sebagai sebahagian daripada proses pengambilan pekerja kami, tertakluk pada undang-undang yang berkaitan, di sesetengah negara, kami mungkin mengumpul atau melibatkan pihak ketiga untuk mengumpulkan maklumat tambahan, seperti melakukan pemeriksaan latar belakang, pemeriksaan rujukan atau penilaian psikologi. 

 

Maklumat peribadi akan diproses hanya jika pemprosesan tersebut adalah berdasarkan mana-mana alasan undang-undang yang disenaraikan dalam seksyen 6 (1) Peraturan Perlindungan Data Umum (General Data Protection Regulation) ("GDPR"), terutamanya persetujuan (contohnya, untuk pemprofilan, yang diperlukan untuk pelaksanaan kontrak, kepentingan sah). Sekiranya persetujuan pengumpulan maklumat peribadi dibatalkan, kami akan berhenti memproses maklumat peribadi anda.

 

 

Bergantung kepada sama ada anda adalah Tetamu atau Pelawat laman web kami, citizenM boleh mengumpul maklumat berikut mengenai anda:

 

Tujuan Pengumpulan

Kategori Maklumat Peribadi Yang Dikumpul

Maklumat Peribadi Khusus

Alasan Undang-undang bagi Pengumpulan

Sumber Maklumat Peribadi

Pengurusan Operasi

Pengenal pasti

Nama, jantina, alamat pos, alamat e-mel, nombor telefon, maklumat pembayaran, keutamaan dan keperluan permintaan lain, data kesihatan (sekiranya anda menempah bilik yang disesuaikan untuk tetamu kurang upaya atau memohon penerimaan masuk haiwan pembantu), butiran lain yang anda berikan semasa membuat tempahan anda, maklumat akaun, nama pengguna media sosial dan butiran media sosial

Perlu untuk pelaksanaan kontrak

Sistem tempahan, penciptaan akaun, komunikasi dengan kami, daftar masuk / daftar keluar

 

Perkhidmatan Pelanggan dan Maklum Balas Pelanggan

Pertanyaan, komen, maklum balas

Perlu untuk pelaksanaan kontrak

Tinjauan, chatbot, media sosial, komunikasi anda dengan kami 

 

Perbualan telefon yang dirakam

Transkrip perbualan

Persetujuan

Perbualan telefon

 

Internet atau Aktiviti Rangkaian Serupa yang Lain

Alamat IP, maklumat mengenai penggunaan sistem bilik (seperti lampu, tirai, media, kawalan suhu dan kunci pintu) serta sistem lain (kiosk)

Perlu untuk pelaksanaan kontrak

Laman web, aplikasi mudah alih, media sosial, chatbot, sistem bilik

 

Data Geolokasi

Lokasi (termasuk sama ada anda di bilik hotel anda dan bilangan individu di dalam bilik anda)

Persetujuan

Aplikasi mudah alih, peranti mudah alih

 

Maklumat Komersil

Butiran tempahan, rekod milikan peribadi (produk) dan perkhidmatan hotel yang dibeli, termasuk maklumat tempahan dan “kegemaran” anda

Kepentingan sah

Pembelian yang dibuat di hotel kami, secara dalam talian atau melalui aplikasi mudah alih kami atau menerusi laman web pihak ketiga

Pemasaran 

Pengenal pasti

Nama, jantina, alamat pos, alamat e-mel, nombor telefon, tarikh lahir, tempat kediaman, pekerjaan anda, keutamaan dan keperluan permintaan yang lain, butiran lain yang anda berikan semasa membuat tempahan, maklumat akaun, nama pengguna media sosial dan butiran media sosial, butiran lain yang anda telah tambah ke profil akaun anda

Persetujuan

Sistem tempahan, penciptaan akaun, komunikasi dengan kami, daftar masuk / daftar keluar

 

Internet atau Aktiviti Rangkaian Serupa yang Lain

Alamat IP, tingkah laku dalam talian di laman web dan aplikasi mudah alih kami dan diperolehi dari platform media sosial seperti LinkedIn dan Facebook atau broker data

Persetujuan

Laman web, aplikasi mudah alih, media sosial, chatbot

 

Data Geolokasi

Lokasi

Persetujuan

Laman web, aplikasi mudah alih

 

Maklumat Komersil

Butiran tempahan, rekod milikan peribadi (produk) dan perkhidmatan hotel yang dibeli, termasuk maklumat tempahan dan “kegemaran” anda

Persetujuan

Pembelian yang dibuat di hotel kami, secara dalam talian atau melalui aplikasi mudah alih kami atau menerusi laman web pihak ketiga

Analisis

Pengenal pasti

Nama, jantina, alamat pos, alamat e-mel, nombor telefon, tarikh lahir, tempat kediaman, pekerjaan anda, maklumat bayaran, keutamaan dan keperluan permintaan lain, data kesihatan (sekiranya anda menempah bilik yang disesuaikan untuk tetamu kurang upaya atau memohon penerimaan masuk haiwan pembantu), butiran lain yang anda berikan semasa membuat tempahan anda, maklumat akaun, nama pengguna media sosial dan butiran media sosial, butiran lain yang anda telah tambah ke profil akaun anda

Kepentingan sah

Sistem tempahan, penciptaan akaun, komunikasi dengan kami, daftar masuk / daftar keluar

 

Perkhidmatan Pelanggan dan Maklum Balas Pelanggan

Pertanyaan, komen, maklum balas

Kepentingan sah

Tinjauan, chatbot, media sosial, komunikasi anda dengan kami 

 

Internet atau Aktiviti Rangkaian Serupa yang Lain

Alamat IP, maklumat mengenai penggunaan sistem bilik (seperti lampu, tirai, media, kawalan suhu dan kunci pintu) serta sistem lain (kiosk)

Kepentingan sah

Laman web, aplikasi mudah alih, media sosial, chatbot, sistem bilik

 

Data Geolokasi

Lokasi (termasuk sama ada anda di bilik hotel anda dan bilangan individu di dalam bilik anda).

Kepentingan sah

Laman web, aplikasi mudah alih, peranti mudah alih

 

Maklumat Komersil

Butiran tempahan, rekod milikan peribadi (produk) dan perkhidmatan hotel yang dibeli, termasuk maklumat tempahan dan “kegemaran” anda

Kepentingan sah

Pembelian yang dibuat di hotel kami, secara dalam talian atau melalui aplikasi mudah alih kami atau menerusi laman web pihak ketiga

 

Ciri-ciri yang dilindungi di bawah Undang-undang California atau Undang-undang Persekutuan Amerika Syarikat 

Kewarganegaraan (di mana berkaitan), jantina

Kepentingan sah

Maklumat yang anda berikan semasa tempahan atau daftar masuk  

Pematuhan Undang-undang & Kawal Selia

Pengenal pasti

Nama, jantina, tarikh dan tempat lahir, maklumat visa, tempat kediaman, nombor dokumen pengenalan anda (seperti pasport atau lesen pemandu), tarikh tamat dokumen pengenalan

Pematuhan kewajipan undang-undang

Sistem tempahan, penciptaan akaun, komunikasi dengan kami, daftar masuk / daftar keluar

 

Maklumat Komersil

Butiran tempahan, rekod milikan peribadi (produk) dan perkhidmatan hotel yang dibeli, termasuk maklumat tempahan

Pematuhan kewajipan undang-undang

Pembelian yang dibuat di hotel kami, secara dalam talian atau melalui aplikasi mudah alih kami atau menerusi laman web pihak ketiga

 

Ciri-ciri yang dilindungi di bawah Undang-undang California atau Undang-undang Persekutuan Amerika Syarikat

Kewarganegaraan

Pematuhan kewajipan undang-undang

Maklumat yang anda berikan semasa tempahan atau daftar masuk  

Pengurusan Keselamatan

Pengenal pasti

Nama, jantina, alamat pos, alamat e-mel, nombor telefon, dan lain-lain data yang relevan dengan senarai “tidak boleh menginap”

Kepentingan sah

Sistem tempahan, penciptaan akaun, komunikasi dengan kami, daftar masuk / daftar keluar

 

Maklumat Biometrik

Imej yang ditangkap melalui sistem pengawasan litar tertutup (CCTV)

Kepentingan sah

Sistem pengawasan CCTV

 

Data Geolokasi

Lokasi (termasuk sama ada anda di bilik hotel anda dan bilangan individu di dalam bilik anda).

Kepentingan sah

Aplikasi mudah alih, peranti mudah alih, sistem pengawasan CCTV

Pengambilan pekerja

Pengenal pasti

Nama, jantina, alamat pos, alamat e-mel, nombor telefon, tarikh dan tempat lahir, maklumat visa, tempat kediaman, pekerjaan anda, nombor dokumen pengenalan 

Persetujuan

Bahan permohonan kerja, komunikasi lain dengan kita

 

Internet atau Aktiviti Rangkaian Serupa yang Lain

Alamat IP

Persetujuan

Laman web

 

Personaliti, Maklumat Profesional atau Berkaitan Pekerjaan

Ciri-ciri, resume, diploma yang diterima, rujukan

Persetujuan

Permohonan kerja, saringan dan penilaian pekerjaan, komunikasi lain dengan kita

 

Maklumat Biometrik

Gambar, imej lain dalam rakaman video

Kepentingan sah

Bahan permohonan kerja

 

Ciri-ciri yang dilindungi di bawah Undang-undang California atau Undang-undang Persekutuan Amerika Syarikat

Kewarganegaraan (di mana berkaitan), jantina

Kepentingan sah

Bahan permohonan kerja



  1. Perkongsian Maklumat Anda

Kami tidak akan menjual maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga. Walau bagaimanapun, kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dalam beberapa keadaan yang terhad, termasuk:

 

  • Penyedia Perkhidmatan Pihak Ketiga: Kami berkongsi maklumat peribadi dengan pihak ketiga yang terlibat dalam proses menyediakan perkhidmatan untuk digunakan atau kepada anda atau menjalankan fungsi bagi pihak kami (termasuk pemprosesan pembayaran). Pihak ketiga hanya dibenarkan untuk menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan yang maklumat sedemikian telah diberikan dan tidak boleh mendedahkannya kepada mana-mana pihak ketiga yang lain kecuali atas arahan kami yang nyata dan mengikut Dasar Privasi ini.

  • Pihak Berkuasa Undang-Undang dan Kawal Selia: Kami mungkin dari semasa ke semasa membolehkan data peribadi anda diakses oleh pihak berkuasa undang-undang dan kawal selia, akauntan kami, juruaudit, peguam atau penasihat profesional yang serupa atau oleh pihak ketiga yang lain, apabila ini diperlukan di sisi undang-undang, perlu untuk membolehkan kami melaksanakan hak kami di sisi undang-undang, untuk mematuhi kewajipan undang-undang kami, atau perlu untuk mengambil tindakan berhubung aktiviti haram atau untuk melindungi keselamatan mana-mana orang.

  • Peralihan Perniagaan: Sekiranya semua atau sebahagian syarikat kami dijual, digabung atau sebaliknya dipindah milik, kami mungkin akan memindahkan data peribadi anda sebagai sebahagian daripada transaksi tersebut. Kami juga mungkin memindahkan data peribadi anda kepada pemilik-pemilik hotel yang diuruskan oleh kami.

 

  1. Pilihan & Hak Anda

Pilihan dan hak yang berikut berhubung dengan maklumat peribadi anda adalah tersedia kepada anda: 

Hak Meminta Akses

Anda mempunyai hak untuk meminta kami memberi anda maklumat berikut tentang pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi anda oleh kami:  

  • (Kategori) maklumat peribadi yang kami kumpulkan tentang anda.

  • Kategori sumber untuk maklumat peribadi yang kami kumpulkan tentang anda (contohnya, penggunaan kuki, pihak ketiga, dan sebagainya).

  • Tujuan perniagaan atau komersil kami untuk mengumpul maklumat peribadi tersebut.

  • Kategori pihak ketiga yang kami akan berkongsi atau telah berkongsi maklumat peribadi tersebut.

  • Maklumat peribadi tertentu yang kami kumpulkan tentang anda (dalam keadaan ini kami merujuk kepada permintaan kemudahalihan data), dan

  • Maklumat mengenai sebarang pendedahan untuk tujuan perniagaan, yang mengenal pasti kategori maklumat peribadi yang diperolehi oleh setiap kategori penerima.

Hak Meminta Pemadaman, Pembetulan dan Sekatan

Anda mempunyai hak untuk meminta kami memadamkan, menyekat atau, jika anda percaya bahawa pemprosesan data peribadi anda tidak betul atau tidak tepat, mengubah mana-mana maklumat peribadi yang dikumpulkan dari anda dan dikekalkan, tertakluk pada pengecualian tertentu. Setelah mengesahkan permintaan pengguna anda yang boleh ditentusah, kami akan memadam, menyekat atau mengubah, sebagaimana perlu, dan mengarahkan pembekal perkhidmatan kami untuk memadam, menyekat atau mengubah maklumat peribadi anda. Permintaan anda untuk memadam maklumat peribadi yang dikumpul boleh ditolak sekiranya kami perlu mengekalkan maklumat anda di bawah satu atau lebih pengecualian yang disenaraikan dalam GDPR atau Akta Privasi Pengguna California.

Hak Kemudahalihan Data

Dalam sesetengah kes, anda boleh menerima data peribadi anda yang disediakan oleh diri anda dalam format berstruktur, biasa digunakan dan boleh dibaca oleh mesin.

Hak untuk Membantah

Di mana kami memproses data peribadi anda berdasarkan "kepentingan sah", anda mungkin mempunyai hak di sisi undang-undang untuk membantah terhadap pemprosesan data peribadi anda.

Hak untuk Membatalkan Persetujuan

Di mana kami memproses data peribadi berdasarkan persetujuan anda, anda mempunyai hak untuk membatalkan kebenaran sedemikian pada bila-bila masa. 

Hak untuk Privasi Selepas Kematian

Anda mempunyai hak untuk menetapkan arahan berhubung dengan penyimpanan, pemadaman atau pemindahan komunikasi data peribadi anda selepas kematian anda.

Hak untuk Mengadu

Anda mempunyai hak di sisi undang-undang untuk membuat aduan dengan pihak berkuasa yang berwibawa.

Apabila mengendalikan sebarang permintaan akses, pemadaman atau pembetulan data, kami akan mengesahkan dahulu identiti individu yang membuat permintaan atau pertanyaan berkenaan dan mempertimbangkan kewajipan kami di bawah peraturan dan undang-undang perlindungan data yang berkaitan. Permintaan sedemikian biasanya disediakan dengan percuma, namun, bayaran wajar tertentu mungkin dikenakan untuk meliputi kos pentadbiran kami bagi permintaan yang nyata sekali tidak berasas, berlebihan atau berulang-ulang. Kami sentiasa berusaha untuk memberi anda respons dalam tempoh 15 hari.

 

  1. Dasar Kuki Kami

Bahagian ini menerangkan jenis kuki dan teknik serupa (selepas ini dirujuk sebagai "kuki") yang kami gunakan di laman web kami. citizenM menggunakan kuki fungsian dan teknikal di laman webnya; kuki penjejakan pihak pertama mungkin digunakan, tetapi hanya setelah Pelawat memberikan persetujuan mereka kepadanya. Pihak ketiga hanya dibenarkan meletakkan kuki di laman web citizenM jika Pelawat telah memberikan persetujuan mereka terhadap penggunaan kuki pihak ketiga sedemikian. Pelawat boleh menarik balik persetujuan mereka pada bila-bila masa dengan menetapkan pelayar mereka untuk melumpuhkan kuki atau membuang semua kuki dari pelayar mereka. Sila rujuk Lampiran II untuk penyenaraian kuki pihak ketiga yang kami gunakan.

 

Kuki Pemasaran: Dengan persetujuan anda citizenM meletakkan kuki pemasaran dan penjejak untuk mengiklankan produk dan perkhidmatan kami kepada anda. Kuki pemasaran juga membolehkan kami memberi anda tawaran yang relevan berdasarkan pelayaran, carian dan tingkah laku tempahan dalam talian anda. 

 

Fungsian dan Pengoptimuman Laman Web: Kami menggunakan kuki yang perlu untuk menyediakan perkhidmatan yang diminta. Misalnya, kuki teknikal membolehkan anda terus melayari halaman-halaman berlainan di sesebuah laman web dengan sekali log masuk dan kuki ini mengingati pilihan dalam bentuk troli membeli-belah dan borang (pesanan) yang diisi di laman web kami. Kami juga menggunakan kuki untuk mengukur tingkah laku anda di laman web kami untuk mengetahui tentang pengalaman dalam talian pelawat laman web kami dan untuk meningkatkan lagi kualiti laman web kami. Dengan berbuat demikian, kami juga mengumpul ciri-ciri teknikal peralatan terminal anda dan perisian yang digunakan oleh anda, seperti jenis sistem pengendalian, tetapan pelayar, pemalam yang dipasang, zon waktu dan saiz skrin peranti anda. 

 

Penjejakan silang laman: Dengan persetujuan anda, pihak ketiga boleh menyimpan kuki penjejakan pada peranti anda jika anda melawat laman web kami. Kuki sedemikian membolehkan pihak ketiga ini untuk menjejak tingkah laku pelayaran dalam talian anda merentas laman web yang berlainan (termasuk laman web citizenM). Tujuan umum kuki penjejakan tersebut adalah untuk memberikan anda iklan yang disasarkan di semua laman web yang anda lawati. Kami tidak mengawal atau mempengaruhi penggunaan maklumat yang dikumpulkan melalui kuki pihak ketiga ini. Sila baca dasar privasi pihak ketiga ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara mereka menggunakan kuki dan memproses maklumat peribadi anda. 

 

Media Sosial: Dengan persetujuan anda, laman web kami menggunakan kuki untuk berinteraksi dengan platform media sosial. Kuki ini juga digunakan untuk mengoptimumkan pengalaman anda di laman web media sosial. Harap maklum bahawa kuki ini juga mungkin membenarkan platform media sosial untuk menjejak tingkah laku dalam talian anda untuk tujuan penjejakan silang laman.

 

Penarikan Balik Persetujuan: Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menetapkan pelayar web anda untuk melumpuhkan kuki atau untuk membuang semua kuki dari pelayar anda.

 

  1. Melindungi Maklumat Peribadi Anda

citizenM telah menggunakan dan akan terus menggunakan usaha wajar untuk melindungi data peribadi daripada kerugian, pengubahsuaian atau sebarang bentuk penggunaan yang menyalahi undang-undang. Di mana mungkin, maklumat peribadi akan disulitkan dan disimpan pada pelayan peribadi maya (virtual private server) yang dilindungi dengan langkah-langkah perlindungan yang terkini. Sebilangan orang yang sangat terhad, iaitu mereka yang perlu ada akses kepada data peribadi untuk tujuan pekerjaan mereka, mempunyai akses kepada maklumat peribadi. Jika dan setakat mana maklumat peribadi akan disimpan dalam infrastruktur awan (cloud) yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan awan pihak ketiga, pembekal perkhidmatan ini akan terikat oleh kontrak bertulis untuk memproses data peribadi yang diberikan kepada mereka hanya untuk tujuan menyediakan perkhidmatan tertentu itu kepada citizenM dan untuk mengekalkan langkah-langkah keselamatan yang sesuai untuk melindungi maklumat peribadi ini. citizenM berusaha untuk mengehadkan penggunaan fail kertas yang mengandungi maklumat peribadi. Jika penggunaan fail kertas tidak boleh dielakkan, fail kertas sedemikian akan disimpan dalam kabinet tertutup dan dimusnahkan mengikut terma-terma pengekalan yang berkenaan.

 

Pelanggaran Data: citizenM akan melindungi maklumat peribadi yang diprosesnya daripada kerugian dan pemprosesan yang menyalahi undang-undang. Jika pelanggaran data masih berlaku meskipun perlindungan sedemikian, citizenM akan melaporkan kepada pihak berkuasa kawal selia yang berkenaan mengenai pelanggaran data sedemikian, yang besar kemungkinannya boleh mengakibatkan kesan buruk yang serius terhadap perlindungan maklumat peribadi, jika terdapat kesan buruk yang serius terhadap perlindungan maklumat peribadi, atau jika sebaliknya difikirkan wajar atau perlu di sisi undang-undang. Pelanggaran data berkenaan juga akan dilaporkan kepada individu yang terjejas jika ia mungkin menjejaskan privasi mereka secara tidak wajar atau jika sebaliknya perlu di sisi undang-undang. Demi memastikan bahawa pelanggaran data mendapat perhatian yang sewajarnya dan, jika perlu, dilaporkan, kami telah melaksanakan Dasar Pelanggaran Data, yang menerangkan prosedur yang mesti diikuti sekiranya berlaku pelanggaran data.

 

Daftar Pemprosesan Data: citizenM akan merakam butiran setiap proses data dalam daftar pemprosesan data. Semua proses data yang baru akan menjalani penilaian kesan perlindungan data ("DPIA") sebelum pelaksanaannya. Semua proses data yang sedia ada akan menjalani DPIA setiap tiga tahun. Tujuan DPIA adalah untuk menentukan sama ada proses data yang berkaitan mungkin menyebabkan risiko yang tinggi terhadap privasi Tetamu atau Pelawat dan jika ya, langkah-langkah sewajarnya yang harus diambil untuk melindungi maklumat peribadi tersebut.

 

Pengekalan Data: citizenM akan mengekalkan maklumat peribadi untuk tempoh masa yang perlu sahaja untuk memenuhi tujuan ia dikumpul, iaitu 2 tahun dari yang terakhir berlaku dari segi penginapan Tetamu, pembukaan aplikasi citizenM kami, lawatan laman web citizenM atau pembukaan surat berita citizenM atau iklan yang disasarkan, melainkan tempoh pengekalan yang lebih lama diperlukan atau dibenarkan di sisi undang-undang (yang biasanya berlaku dalam konteks kewajipan citizenM di bawah undang-undang cukai). Maklumat peribadi pemohon kerja akan menjadi sebahagian daripada rekod pekerjaan anda dan akan digunakan untuk tujuan pekerjaan jika permohonan kerja berjaya. Setakat mana sebarang laporan penilaian psikologi menjadi sebahagian daripada fail pengambilan pekerja, ia akan disimpan dalam fail yang berasingan yang boleh diakses atas dasar perlu diketahui sahaja. Maklumat peribadi pemohon kerja yang tidak berjaya akan dikekalkan selaras dengan tempoh pengekalan berkanun yang berkaitan melainkan mereka memberikan persetujuan bertulis secara nyata untuk mendaftarkan nama dan butiran perhubungan mereka untuk tempoh selama satu tahun, semata-mata untuk tujuan menghubungi mereka jika terdapat peluang pekerjaan baru yang mungkin menarik minat mereka. Sepanjang tempoh setahun ini, anda boleh sentiasa meminta agar butiran anda dikeluarkan dari fail kami dengan menghantarkan e-mel ke privacy@citizenm.com

 

Pemindahan Data Rentas Sempadan: Memandangkan kami beroperasi di peringkat antarabangsa, dan menyediakan anda perkhidmatan yang berkaitan melalui sumber dan pelayan (servers) di seluruh dunia, berkongsi maklumat peribadi anda merentas sempadan adalah penting bagi anda untuk menerima perkhidmatan kami. Dengan yang demikian, anda mengakui dan bersetuju bahawa citizenM boleh memindahkan data anda secara global, supaya anda boleh menggunakan perkhidmatan kami. Maklumat peribadi anda boleh dipindahkan ke Hotel citizenM atau rakan kongsi (sokongan) kami di negara di luar negara ia asalnya dikumpulkan atau di luar negara kediaman anda atau kewarganegaraan anda. Atas sebab teknikal dan organisasi dan dalam konteks infrastruktur awan (cloud) digital kami, maklumat peribadi anda juga dipindahkan ke pelayan (servers) yang terletak di Amerika Syarikat, atau ke pelayan yang terletak di negara-negara di luar Kawasan Ekonomi Eropah (EEA). Sehubungan ini, kami telah memasuki Fasal Kontraktual Standard (SCC) EU dengan pihak-pihak penerima atau menggunakan rakan-rakan kongsi yang diperakui di bawah Perisai Privasi untuk memastikan pematuhan kewajipan perlindungan data kami, atau telah memastikan bahawa pihak penerima mengamalkan “peraturan korporat yang mengikat”. Sila hubungi kami jika anda ingin menerima maklumat lanjut tentang perlindungan khusus yang kami telah laksanakan untuk memastikan tahap perlindungan data yang mencukupi berhubung pemindahan sedemikian.

 

  1. Kanak-kanak

Laman web kami, termasuk penyiaran permohonan pekerjaan kami, tidak ditujukan kepada kanak-kanak bawah umur. citizenM tidak dengan sengaja mendapatkan, mengumpul, menggunakan atau mendedahkan maklumat peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Sekiranya kami mendapat tahu bahawa kami telah secara tidak sengaja mengumpul maklumat peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, kami akan memadam maklumat tersebut dari rekod kami.

 

  1. Pemantauan & Audit

Pematuhan Dasar Privasi citizenM ini akan dipantau dan diaudit selalu. Daftar pemprosesan data peribadi akan dikemas kini dengan segera atas pelaksanaan proses data peribadi yang baru. Kesempurnaan dan ketepatan daftar pemprosesan data peribadi akan disahkan setiap suku tahun. Senarai rakan kongsi yang meletakkan kuki pihak ketiga di laman web citizenM akan dikemas kini setiap bulan. Pematuhan Dasar Privasi ini akan diaudit setiap tahun.

 

  1. Semakan kepada Dasar Privasi Global ini

Kami telah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan bahawa Dasar Privasi ini menerangkan cara kami memproses maklumat peribadi anda dan hak yang anda ada sehubungannya. Walau bagaimanapun, kami mungkin mengubah Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa untuk memastikan ia masih terkini. Apabila perlu, kami akan memaklumkan anda tentang perubahan ini dengan menyiarkan notis ketara di laman web kami.

 

  1. Maklumat Perhubungan / Cara Mengemas Kini Maklumat Peribadi Anda

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau komen tentang Dasar Privasi kami atau ingin melaksanakan mana-mana hak anda seperti yang digariskan dalam Dasar Privasi ini, sila e-mel kami di privacy@citizenm.com. Pegawai Perlindungan Data kami boleh juga dihubungi di dpo@citizenm.com. Anda juga boleh klik di sini untuk menggunakan borang dalam talian kami.

 

Jika anda seorang pemastautin Amerika Syarikat, anda juga boleh menghubungi kami tanpa bayaran di + 1 (888) 34 34 752.

 

Sekiranya, sebagai pemastautin EEA, anda percaya bahawa kami tidak dapat menyelesaikan mana-mana isu sedemikian dengan secukupnya, anda berhak menghubungi pihak berkuasa penyeliaan Kesatuan Eropah anda.

Di Belanda: 

Autoriteit Persoonsgegevens

P.O. Box 93374

2509 AJ the Hague, the Netherlands

Lampiran I: Domain citizenM

 

citizenm.com, nl.citizenm.com, fr.citizenm.com, zh.citizenm.com, e.citizenm.com, citizenm.guide, societym.com, citizenmag.com

 

 

Lampiran II: Pihak Ketiga Yang Meletakkan Kuki di Laman Web Kami

 

AdRoll - dasar privasi

AdRoll Pixel - dasar privasi

AdRoll Roundtrip - dasar privasi

ADTECH - dasar privasi

AOL Advertising - dasar privasi

AppNexus - dasar privasi

BidSwitch (IPONWEB) - dasar privasi

Bing Ads (Pengiklanan Microsoft) - dasar privasi

DoubleClick (Google) - dasar privasi

Facebook Connect - dasar privasi

Facebook Custom Audience - dasar privasi

Facebook Pixel - dasar privasi

Facebook Social Plugins - dasar privasi

Flashtalking - dasar privasi

GA audiences - dasar privasi

Google Adwords User List - dasar privasi

Google Analytics - dasar privasi

Google Dynamic Remarketing - dasar privasi

Google Tag Manager - dasar privasi

Google Tag Manager Web Tracking - dasar privasi

Google+ Platform - dasar privasi

Hotjar - dasar privasi

Index Exchange (Formerly Casale Media) - dasar privasi

Intercom - dasar privasi

LinkedIn ads - dasar privasi

LinkedIn Marketing Solutions - dasar privasi

LiveRamp - dasar privasi

MyFonts Counter - dasar privasi

OpenX - dasar privasi

PubMatic - dasar privasi

Rocket Fuel - dasar privasi

Rubicon - dasar privasi

Taboola - dasar privasi

TripleLift - dasar privasi

WisePops - dasar privasi

Yahoo Ad Exchange - dasar privasi

Yieldr - dasar privasi

 

Terakhir dikemas kini: 1 Disember 2020